LEMBU
Antara kaedah yang di gemari oleh penternak lembu ialah: -
a. Kaedah lepas
Dimana lembu- lembu akan dilepaskan di tanah Rezab JPS. Ia dapat mengelakkan lembu merosakkan tanaman penduduk lain, secara tidak langsung ia dapat membersihkan tebing sungai.
b. Kaedah Fidlot
Reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.
Keluasan ruang kandang yang diperlukan bagi seekor lembu adalah diantara 2.0 – 2.5 meter persegi (25 – 30 kaki persegi). Tinggi kandang kurungan dari lantai ke bumbung yang paling sesuai adalah antara 3.0 – 4.5 meter (10 – 15 kaki) untuk memberikan pengudaraan yang baik. Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur untuk mengelakkan serangan penyakit.
Sistem saliran (perparitan) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat dialirkan dengan sempurna.Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 61cm (24 inci) lebar dan 45cm (18 inci) tinggi. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm (24 inci) tinggi.Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.
Sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran.
c. Kaedah Intergrasi
Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk meragut rumput yang ada disesebuah lading kelapa sawit..Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan, kandang yang sesuai dan sistem pagar elektrik. kawasan perladangan yang tiada rumput.
Apabila sumber makanan berkurangan, lazimnya pengusaha terpaksa memberikan makanan tambahan PKC/PKE atau pelepah sawit yang dirincih, untuk mencukupkan keperluan makanan.
Dari sudut ekonomi, kita dapati kedua-dua bidangusaha, iaitu bidangusaha penghasilan sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan menguntungkan (win-win situations), kesan daripada pengoptimaan penggunaan sumber yang terdapat di dalam kedua-dua bidangusaha tersebut. Sumber-sumber yang dimaksudkan ialah tanah, tenaga buruh dan sebagainya. Ia telah di usahakan oleh En. Mohd Shah b. Dasim yang kini ia mempunyai 10 ekor.
MODAL