AKTIVITI PERTERNAKAN

Selain pertanian, penduduk Kampung Parit Bugis juga menjalankan perusahan menternak binatang sebagai sumber ekonomi mereka. Antara haiwan ternakan yang di komersialkan di kampung ini adalah lembu, kambing, arnab, ayam, puyuh,itik dan ikan keli.
Bagi penternakan  yang berskala besar, mereka mengamalkan teknologi terkini seperti ayam aircond, dan kaedah fidlot bagi penternakan lembu. Teknologi ini memberi pulangan yang lebih lumayan dan kurang risiko penyakit.
Bagi memastikan alam sekitar terjaga, sisa pembuangan najis binatang telah dijadikan baja organik yang kemudiannya digunakan untuk sektor pertanian di sini.